
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia.
Huh, first post ana ni,,nervous je tetiba, al-mklumlah xprnah brblogging,,
Memandangkan first post, trdetik di hati ana untk share satu cerita bagi mnjawab persoalan sahabat2 ana yg lebih kurang bunyinya mcm ni,
"Agak2 ko la kan, silat ni boleh stop peluru x?"

ADA,,stop peluru mcm ni ek?

"Ko pnya silat ada ilmu KEBAL tak?"

ADA,,mcm ni ek?
Jwpan2 td tu imaginasi semata2 ya,,
Merenung kembali soalan2 tadi, simple tapi amat bermaka,,tetiba lak ana termenung, and terus termenung,,smpailah pd satu hari, ana trjumpa satu story yg dpt menjawab dan merungkai persoalan2 yg ada di fikiran ana td,,tersenyum jgk bila baca stori tu,,so, eloklah kiranya ana share cerita ni dngan sahabat2 sekalian, moga2 antum smua pn akan tersenyum mcm ana jgk,,=)
Kisah dia lbeh kurang mcm ni:
Pada suatu petang yang indah, seorang pemuda tampan bersua wajah dengan seorang tua, tenang di bawah redupan pepohon jambu batu.
"Wahai orang tua, aku melihat kau mengajar silat. Apakah dengan silat itu kau boleh menangkis sebutir peluru?" kata pemuda itu dengan nada sinis. Orang tua itu tersenyum.
"Adakah kau mempunyai peluru?" soal orang tua itu kembali. Pemuda itu terdiam kerana dia tidak mempunyai senjata api, sedangkan dia bercakap tentangnya.
Angin senja terus bertiup menyanyikan melodi malam yang hampir menjelma.
"Apakah gunanya kita belajar silat? Sedangkan kita akan mati jua akhirnya?" soal pemuda itu kembali.
"Berpantang mati sebelum ajal." jawab orang tua itu ringkas, tegas dan penuh mistik.
"Namun itu tidak dapat menjelaskan mengapa kau harus mengajar kaum hawa bersilat. Perempuan itu bersifat lemah dari segi fizikal dan perawakannya lembut. Sedangkan silat adalah kerja pendekar!” ujar pemuda itu penuh yakin.
“Kau telah menjawab soalanmu sendiri.” sahut orang tua itu dengan tenang.
"Kepada orang lemah kita mengajar silat kerana mereka lebih memerlukannya untuk mempertahankan diri jika dibandingkan dengan orang yang kuat. Bukankah yang selalu menjadi mangsa kejahatan adalah orang yang lemah? Sebenarnya, kejahatan itu suka kepada yang lemah dan takut kepada orang yang kuat." ujar orang tua itu lagi.
Kata-kata orang tua itu jatuh ke dalam kesedaran pemuda tersebut. Perlahan-lahan hatinya mula terbuka bagai bunga yang mekar pagi bagai gurun selepas hujan. Namun kesangsian masih melukis benang curiga di dalam cermin hatinya, lalu meledak menjadi bicara hangat.
"Aku tidak perlu belajar silat kerana aku tidak suka kepada pergaduhan. Aku seorang yang baik." kata pemuda itu kemudiannya.
"Tidak semua orang di dunia ini yang baik sepertimu.." sahut orang tua itu sambil melemparkan senyuman.=) Moga2 terungkai sikit kegusaran di hati antum semua, Insya'Allah,
WallahuA'lam,,



menarik :)
ReplyDelete