Thursday, April 18, 2013

Reconnoiter 2013


Pada hari Sabtu lepas iaitu bertarikh 13 April 2013, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (PSSCPUH) sekali lagi telah mengadakan satu aktiviti formal iaitu RECON NOITER RACE seperti yang tertera pada poster di atas...  Aktiviti tersebut telah berlangsung di International Education College (INTEC) Shah Alam. Seramai 19 orang peserta (5 kumpulan) telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Program tersebut telah berjalan dengan lancar tnpa ada sebarang masalah.

Kumpulan yang diwakili oleh "senior2"... nampaknyer mereka sgt bersemangat utk meraih kejuaraan ^^,



Kumpulan yg diwakili oleh peserta2 yg amat berbakat....tetapi agak "childish" sikit..hihihihi ^^,



Inilah satu2nya kumpulan yg diwakili oleh wanita...(cehhh ayat!) dan kumpulan ini telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut... hebat kan ^^,


Ini pula adalah kumpulan "men in black" sebab diorang sume pakai pakaian serba hitam ^^





Ini pula group yang memakai baju yg berwarna warni.. (hehehe x tahu nak describe aper ^^)













In conclusion, the activity went well without any problem...thanks to everyone who really work hard in succeeding this event... applause to all ^^

P/S: for more pictures...u alls can look at gallery section... thank you ^^


Sunday, April 14, 2013

Majlis Pengijazahan.


Pada 10 April 2013 iaitu pada hari Rabu, majlis pengijazahan bermula dari peringkat asas sehingga tamat telah diadakan di UiTM induk seksyen 2...



Majlis bermula selepas waktu isyak dan berakhir sehingga lewat malam...Majlis tersebut dihadiri oleh ramai penuntut silat yang akan diijazahkan pada malam tersebut..


















Sunday, March 24, 2013

Informal Aktiviti- Berkayak (2013)


Pada hari Sabtu yang lalu iaitu bertarikh 16 Mac 2013, PSSCPUH telah mengadakan satu aktiviti iaitu Berkayak. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengerat ukhuwah diantara ahli-ahli silat PSSCPUH disamping mengurangkan stress,menyihatkan badan dan merdaskan otak setelah letih belajar dan mengulangkaji pelajaran.



Aktiviti ini berlangsung di Taman Tasik Shah Alam seksyen 14, iaitu berhampiran PKNS. Bas mini juga disediakan untuk ke tempat tersebut dan setiap ahli yang menyertai aktiviti tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM2 untuk tambang bas (dari Akasia-Cendana-Tasik).




Setiap peserta dikenakan caj sebanyak RM5 per jam untuk berkayak. Harganya berpatutan kan??? :)












Selepas semua ahli puas berkayak, PSSCPUH juga menganjurkan sukaneka yang sangat mencuit hati. lihat sahajalah gambar di bawaha ni, seronok kan :)




Selepas seronok bermain, pastilah letih dan tentulah lapar kan? selepas selesai semua ahli-ahli berkayak, semua yang terlibat makan tengah hari di restoran yang berdekatan.




Walaupun aktiviti yang dijalankan sedikit, tetapi semua ahli yg terlibat pada hari tersebut berpuas hati. sebagai konklusi, objektif aktiviti pada hari tersebut berjaya dicapai. :)






Tuesday, March 5, 2013

BOWLING 2013

Pada 2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, Persatuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi sekali lagi mengadakan informal aktiviti, bowling,yang berlangsung di pusat bowling Ole-ole seksyen 18, Shah Alam. Aktiviti tersebut bermula jam 2,00.petang.


Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli silat disamping dapat mengurangkan stress. Aktiviti ini juga berperanan untuk mengisi masa lapang. Meskipun aktiviti in tidak dapat dihadiri oleh sebahagian daripada ahli kerana sebab- sebab tertentu, dengan jumlah yang sedikit ini juga mampu menambahkan keseronokan ketika aktiviti tersebut berlangsung.



En. Ihsan Khairir juga telah dijemput oleh PSSCPUH bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Banyak gelagat- gelagat lucu yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang hadir bagi menjayakan lagi aktiviti bowling ini.



















Sebagai penghargaan diatas kesudian En. Ihsan Khairir menerima jemputan, cenderahati telah diberikan sebagai tanda terima kasih. Sebagai konklusi, aktiviti tersebut sangat bermanfaat dalam mengeratkan hubungan sesama ahli disamping dapat mengurangkan stress.



Friday, March 1, 2013

KURSUS CEKAK HANAFI

Pada 23 Februari 2013, iaitu pada hari Sabtu, PSSCPUH telah menganjurkan satu program yang penting kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi terutamanya kepada ahli baru persatuan ini. program tersebut ialah "Kursus Cekak Hanafi Persatuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi"  yang bertempat di Dewan Delima, Kolej Cemara, Seksyen 18, Shah Alam. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Dua penceramah telah dijemput dalam program tersebut ialah En. Hardi Emrie Bin Rosly dan En Mohd. Asri. Program tersebut bertujuan untuk memberitahu semua ahli silat tentang asal-usul silat Cekak disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.



Kemudian, tepat jam 10 pagi, program itu berhenti seketika untuk memberi ruang kepada semua peserta dan juga penceramah untuk berehat sambil menjamu makan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.





Selepas 30 minit, sesi ceramah diteruskan lagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Penceramah banyak memberikan isi- isi yang penting berkenaan sejarah terbentuknya silat melayu ini. Gambar dibawah menunjukkan ketekunan En. Hardi Emrie Bin Rosly memberikan informasi- informasi yang penting kepada ahli- ahli yang datang.




Hadiah penghargaan juga telah diberikan kepada pihak penceramah oleh Presiden Silat ini iaitu Zulzafril Ariff Bin Jolkepli sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas kesudiannya dalam memberikan ceramah.
Setelah sesi ceramah berakhir, para peserta serta penceramah yang dijemput disediakan makan tengah hari sebagai majlis penutup tirai program tersebut. Sebagai konklusi, program tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki.
















Wednesday, January 30, 2013

Badminton 2013



Pada sabtu bersamaan 19 Januari 2013, PSSCPUH intec telah mengadakan aktiviti informal pertama bagi sesi 2013 iaitu bermain badminton bersama ahli senior serta junior dan juga para jurulatih serta pembantu jurulatih...
Aktiviti tersebut telah berlangsung di Gym INTEC bermula pada jam 8 pagi sehingga selesai perlawanan..







Bayaran sebanayk rm2 sama ada yang menyertai mahu pun tidak telah dikenakan kepada semua ahli silat Cekak Ustaz Hanafi Intec..

Berikut adalah peraturan ketika bermain badminton yang telah ditetapkan

kategori single dan double:
-tamat pada mata ke 21 tanpa sebarang deuce..
-satu set untuk setiap game..
-permainan secara grouping sebelum kalah mati..
*bergantung pada jumlah penyertaan...

















p/s:  you may go to gallery section for more pictures..tq ^^
















Friday, October 19, 2012

Hari Induksi Silat Cekak 2012


Pada 29 September 2012, Hari Induksi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Intec telah diadakan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang untuk senior dan junior saling berkenalan dan berkongsi pengalaman di samping mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

tadaa!! nilah entrance ke kawasan perkhemahan Sungai Chilling!


Rombongan kami terdiri daripada 29 orang senior dan 25 orang junior. Beberapa orang super senior (Lokman dan Akmal)dan jurulatih ( Abg Asri) turut turun padang bagi menjayakan hari yang meriah ini. Rombongan kami bertolak dari kolej kediaman seawal pukul 7 pagi dan tiba di Sungai Chiling dalam pukul 9 pagi. Setibanya kami di sana, sedikit taklimat telah diberikan di base camp supaya semua peserta jelas tentang aktiviti yang akan dijalankan. Junior juga telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan dipantau oleh 2 orang fasilititor yang terdiri daripada senior. Selepas itu, mereka diberikan masa untuk sesi ‘ice breaking’ antara ahli kumpulan.


Akmal sedang khusyuk briefing peserta-peserta.

Sebelum start jungle trekking, kita renggangkan badan dulu ye, baru x cramp.

Selepas itu, aktiviti dimulakan dengan ‘jungle trekking’ untuk ke air terjun Sungai Chiling. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam tidak begitu terasa kerana mata kami disajikan dengan keindahan flora dan fauna di dalam hutan.

Subhnallah!

Nilah kami ahli silat yang memang x sabar2.

Anak itik pulang petang..er, baru nak pergi destinasi sebenarnya.

Kami tiba di air terjun tersebut sekitar pukul 11.30 pagi. Semua peserta mengambil peluang untuk bermandi-manda dalam air yang sangat sejuk dan menyegarkan sambil menghayati pemandangan air terjun yang begitu cantik. Kami meluangkan masa selama lebih kurang sejam di situ sebelum pulang ke base camp.


Nilah Air Terjun Sungai Chilling!

Kami dah takluk batu ni...

Sesampainya di base camp, kami menjamah hidangan makanan tengah hari dan solat zohor berjemaah. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan ‘explorace’ antara kumpulan. Pelbagai tugasan yang mencabar diberikan di setiap check point dan kumpulan yang didapati gagal melaksanakn tugasan tersebut terpaksa berhadapan dengan denda-denda yang menggeletek jiwa. :)
Malam ni kita ada bbq!! (senior memanggang ayam sementara program explorace sedang dijalankan)

Amir : so, kat checkpoint ni, korang kena buat macam ni......

Penat main, tapi still nak tangkap gambar.

Apa yang ada dalam tepung ni? jom tiup, kita nak kena ambik tahu.

golek-golek


Semua kumpulan berjaya menghabiskan pelbagai tugasan dan denda yang dikenakan. Aktiviti explorace tersebut tamat pada pukul 5 petang dan penyampaian saguhati diberikan kepada setiap kumpulan.


Selepas itu, kami diberikan masa untuk membersihkan diri dan makan malam. Tepat jam 8 malam, kami membersihkan kawasan dan bersiap untuk meninggalkan tempat yang berjaya mengukir memori indah dalam kehidupan kami.
Dinner!

Yummy~kami memang berselera malam ni.


Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan mencapai objektif dan matlamat. Hari induksi seperti ini diharap akan diteruskan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua senior dan junior yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi^^.