Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli silat disamping dapat mengurangkan stress. Aktiviti ini juga berperanan untuk mengisi masa lapang. Meskipun aktiviti in tidak dapat dihadiri oleh sebahagian daripada ahli kerana sebab- sebab tertentu, dengan jumlah yang sedikit ini juga mampu menambahkan keseronokan ketika aktiviti tersebut berlangsung.
En. Ihsan Khairir juga telah dijemput oleh PSSCPUH bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Banyak gelagat- gelagat lucu yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang hadir bagi menjayakan lagi aktiviti bowling ini.
Sebagai penghargaan diatas kesudian En. Ihsan Khairir menerima jemputan, cenderahati telah diberikan sebagai tanda terima kasih. Sebagai konklusi, aktiviti tersebut sangat bermanfaat dalam mengeratkan hubungan sesama ahli disamping dapat mengurangkan stress.







No comments:
Post a Comment