Pada hari Sabtu yang lalu iaitu bertarikh 16 Mac 2013, PSSCPUH telah mengadakan satu aktiviti iaitu Berkayak. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengerat ukhuwah diantara ahli-ahli silat PSSCPUH disamping mengurangkan stress,menyihatkan badan dan merdaskan otak setelah letih belajar dan mengulangkaji pelajaran.
Aktiviti ini berlangsung di Taman Tasik Shah Alam seksyen 14, iaitu berhampiran PKNS. Bas mini juga disediakan untuk ke tempat tersebut dan setiap ahli yang menyertai aktiviti tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM2 untuk tambang bas (dari Akasia-Cendana-Tasik).
Setiap peserta dikenakan caj sebanyak RM5 per jam untuk berkayak. Harganya berpatutan kan??? :)
![]() |
![]() |
Selepas semua ahli puas berkayak, PSSCPUH juga menganjurkan sukaneka yang sangat mencuit hati. lihat sahajalah gambar di bawaha ni, seronok kan :)
Selepas seronok bermain, pastilah letih dan tentulah lapar kan? selepas selesai semua ahli-ahli berkayak, semua yang terlibat makan tengah hari di restoran yang berdekatan.











No comments:
Post a Comment