Pada 23 Februari 2013, iaitu pada hari Sabtu, PSSCPUH telah menganjurkan satu program yang penting kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi terutamanya kepada ahli baru persatuan ini. program tersebut ialah "Kursus Cekak Hanafi Persatuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi" yang bertempat di Dewan Delima, Kolej Cemara, Seksyen 18, Shah Alam. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Dua penceramah telah dijemput dalam program tersebut ialah En. Hardi Emrie Bin Rosly dan En Mohd. Asri. Program tersebut bertujuan untuk memberitahu semua ahli silat tentang asal-usul silat Cekak disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
Kemudian, tepat jam 10 pagi, program itu berhenti seketika untuk memberi ruang kepada semua peserta dan juga penceramah untuk berehat sambil menjamu makan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Selepas 30 minit, sesi ceramah diteruskan lagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Penceramah banyak memberikan isi- isi yang penting berkenaan sejarah terbentuknya silat melayu ini. Gambar dibawah menunjukkan ketekunan En. Hardi Emrie Bin Rosly memberikan informasi- informasi yang penting kepada ahli- ahli yang datang.
Hadiah penghargaan juga telah diberikan kepada pihak penceramah oleh Presiden Silat ini iaitu Zulzafril Ariff Bin Jolkepli sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas kesudiannya dalam memberikan ceramah.
Setelah sesi ceramah berakhir, para peserta serta penceramah yang dijemput disediakan makan tengah hari sebagai majlis penutup tirai program tersebut. Sebagai konklusi, program tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment