Alhamdulillah, akhirnya, Kursus Kepimpinan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (PSSCPUH) INTEC 2011 berjaya dijalankan dengan sempurna di atas kerjasama semua pihak termasuk pihak atasan INTEC sendiri. Kursus yang dijalankan di bawah pimpinan Saudara Abdul Rahman selaku presiden persatuan ini berlangsung pada 19 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011 bertempat di Dewan Kolej Cemara.
 |
| one team! =) |
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan keseluruhannya bermatlamat untuk membentuk serta melatih diri supaya menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dan bergerak secara satu kumpulan (as one team).Peserta diberi masa setengah hari untuk menghafal dan memahami ‘keywords’ yang diberikan agar matlamat program untuk melahirkan generasi yang berdaya saing tercapai. ‘Keywords’ tersebut berdasarkan perkataan BRUCE LEE dan POWER di mana setiap huruf mempunyai makna yang tersendiri.
Pertamanya, semua peserta diperkenalkan dengan sejarah seni silat cekak ini dan menerangkan hala tuju persatuan agar para peserta sentiasa bersedia dengan segala perancangan pada masa hadapan demi menaikkan lagi nama persatuan di peringkat kebangsaan mahupun di INTEC sendiri. Para peserta juga diingatkan dengan beberapa pesan guru yang dapat menjadi pembimbing diri ketika senang mahupun susah.
Modul yang seterusnya ialah ‘terokai diri’ bagi menilai potensi kekurangan dan kekuatan diri. Kami menjalankan aktiviti tersebut dengan bermain permainan ‘z-bees’ dimana piring z-bees itu sendiri mewakili cabaran, semakin lama cabaran akan semakin bertambah dan kita sendiri dituntut untuk sentiasa peka dengan persekitaran. Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita sendiri memerlukan cabaran ataupun dikenali dengan ‘stress’ bagi meningkatkan lagi potensi diri walaupun kadang-kadang ia kelihatan berat untuk dipikul.
 |
| syafiq,sila jangan tension |
Modul ‘team power’ yang dibawa pada aktiviti ketiga ini diidefinasikan sebagai kebebasan menggerakan diri dan team dr titik X ke Y dalam masa terpantas. Masa sangat penting karana masa dinilai sebagai ‘benchmark’ dan kayu pengukur. ‘Result’ dari setiap tindakan kita adalah perkara yang dinilai oleh semua pihak. Semangat sesebuah pasukan itu perlu dipupuk bagi melahirkan warga masyarakat yang berjaya dan mampu membina sebuah negara pada masa hadapan. Semoga usaha yang sedikit ini mampu melahirkan generasi yang hebat pada masa akan datang. InsyaAllah.
 |
| teamwork! |
Seterusnya adalah aktiviti ‘moon ball’ di bawah modul ‘team leadership’. Aktiviti ini memerlukan kerjasama setiap perserta untuk menggerakkan bola yang sangat besar tanpa bola tersebut menjejak tanah. Pelbagai cara dan idea setiap peserta dikeluarkan dan diguna pakai. Signifikan bagi aktiviti ini supaya semua peserta berfikiran jauh dan plan awal agar setiap pekerjaan yang dijalankan berjalan lancar malah memerlukan pertolongan semua ahli dalam sesebuah organisasi bagi mencapai target.
Akhirnya sebelum majlis penutup, aktiviti yang dinamakan pulang pulih telah dijalankan.Aktiviti tersebut membuat kami sedar bahawa selama ini telah banyak masa yang telah terbuang untuk aktiviti yang tidak berfaedah dan lari dari matlamat asal untuk mencapai kejayaan. Selain itu,kami diminta untuk menyenaraikan segala kelemahan dan kekurangan dari segenap sudut yang menghalang kami daripada mencapai kejayaan lantas membuangnya jauh-jauh dari kehidupan.
Ucapan penghargaan dihulurkan kepada pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala jasa baik tuan puan dibalas dan kami, sebagai ahli PSSCPUH amat berbesar hati agar program-program yang membangunkan sahsiah serta jati diri seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.Sekian terima kasih.Assalamualaikum.
“ilmu tanpa amal,berdosa besar,amal tanpa ilmu,kesesatan yang nyata. Hargai peluang pertama kerana yang kedua mungkin tiada”
Last but not least :
 |
| da sertai,mestilah dapat hadiah =) |
 |
| telepon buruk |
 |
| selamatkan moonball! |
 |
| seronok dapat aiskrim =) |
 |
support support sopport!!!
|
 |
terima kasih yang tak terhingga =))
|
No comments:
Post a Comment