
Perlawanan Badminton ini merupakan aktiviti informal pertama bagi sem ini!! Pertandingan ini bermula dari jam 9 pagi dan berakhir selepas 3 jam. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelab serta melatih ketangkasan diri setiap ahli sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan Waja Diri.Perlawanan yang ini bercorakkan kalah mati dimana kumpulan yang kalah tidak mampu mara ke peringkat seterusnya. Alhamdullilah , aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat dari ahli-ahli lelaki serta jurulatih-jurulatih silat dan keluarga . Walaupun bilangan ahli-ahli perempuan yang hadir kurang dari 10 orang, pertandingan ini masih berjalan lancar dengan berbekalkan semangat membara semua ahli.


perbincangan yang serius....

kami dah xsabar! posing jap.. :P

let the match begins!

Berikut merupakan keputusan perlawanan ini :-
KATEGORI LELAKI
Juara Lelaki : (Jaguh Kelantan) Muhammad Azri bin Rosli dan Amirrulhakeem Mohamad
Naib Johan : Abang Syamsul dan Abang Koboi ( Team Jurulatih)
Tempat ketiga : Amirul Rasyidin Rohaizad dan Zulzafril Ariff
KATEGORI PEREMPUAN
Juara : Kak Raihan dan Kak Syikin (',')
Naib Johan : Aina Naasir dan Kak Syidah ^^
TAHNIAH~
Semua pemenang mendapat wang sagu hati yang di taja oleh jurulatih.Semoga aktiviti informal ini akan lebih giat lagi dijalankn dan lebih ramai ahli yang mampu turut serta .Di kesempatan ini, ribuan terima kasih kepada Najihah Dan Khairi yang bertindak sebagai Pengarah Projek untuk aktiviti ini.Tahniah dan terima kasih untuk usaha anda. Sekian.
No comments:
Post a Comment