Alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan syukur kehadrat Illahi kerana pada 7 April 2012, pasukan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi INTEC telah berjaya menghadiri Pertandingan Waja Diri Kebangsaan 2012 yang bertempat di Kompleks Sukan Paroi di Negeri Sembilan. Lebih membanggakan lagi, pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli silat yang sangat komited dalam melaksanakan bahagian mereka dalam pertandingan demo tersebut telah berjaya merangkul pingat-pingat dalam hampir kesemua kategori yang dipertandingkan. Ucapan terima kasih dan tahniah turut diucapkan kepada jurulatih-jurulatih kami yang telah banyak mengorbankan masa cuti dan masa untuk bersama keluarga semata-mata untuk mengajar kami dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi pertandingan yang penuh gilang-gemilang ini.
Kami bertolak dari Kolej Akasia pada pukul 7.00 pagi memandangkan lokasi pertandingan mengambil masa hampir 2 jam. Sewaktu perjalanan, masing-masing sangat gembira dan teruja menantikan saat yang telah lama bermain dalam fikiran masing-masing. Perasaan gementar tidak dapat disembunyikan lagi.
Sebanyak 67 pasukan yang terdiri daripada 37 ipt dan 30 sekolah telah menghantar pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Kami dah tak sabar. Jom mulakan perjalanan.
Tersalah lokasi. Patutnya henti di Kompleks Sukan Paroi, tapi ni Kompleks Belia. Xpelah, posing dulu :)
Rebut-rebut nak masuk dalam gambar..
Akhirnya, kami berjaya sampai sebelum bermulanya majlis perasmian walaupun tersalah lokasi. XD
Semua peserta diminta mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sembilan.
Majlis perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh oleh YBHG Prof Madya Zaludin bin Hj Sulaiman, Reator UiTM kampus Negeri Sembilan. Turut hadir YM Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi selaku pewaris mutlak Silat Cekak, Dato Mohammed Najeeb Abdullah, Ahli Dewan Negara serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan. Pertandingan dimulakan usai sahaja penerangan daripada pihak penganjur. Kawasan pertandingan dibahagikan kepada dua bahagian, satu dikhaskan untuk persembahan pertandingan, manakala satu lagi bahagian disediakan untuk peserta-peserta memanaskan badan dan mengingati serta melakukan 'art' untuk aksi yang bakal dilakukan. Setiap peserta mula membayangkan role yang masing-masing akan laksanakan dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Antara kategori yang dipertandingkan ialah 5 Serang 1, Papan Sekeping, Senjata Umum dan Serangan Tangan Kosong, Sepasang Tongkat, Sepasang Kaki dan Sepasang Pisau. Setiap kategori akan diwakili oleh dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan perempuan.
Kategori Sepasang Tongkat; Adilah dan Erna
Kategori Papan Sekeping (L)
Pertandingan berakhir sekitar jam 3.00 petang. Ucapan penutup disempurnakan oleh Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra, Dato’ Hj Mubarak bin Dohak Undang Luak Sungei Ujong ke-10 Negeri Sembilan Darul Khusus. Berikut merupakan keputusan pingat yang dimenangi oleh Pasukan daripada INTEC :
5 Serang 1 (L) : pingat perak
Umum Senjata dan Serang Tangan Kosong (L) : pingat perak
Umum Senjata dan Serang Tangan Kosong (P) : pingat emas
Papan Sekeping (L) : pingat perak
Sepasang Tongkat (L): pingat perak
Sepasang Pisau (L) : pingat perak
Sepasang Pisau (P) : pingat perak
Sepasang Kaki (L) : pingat gangsa
Kejohanan kali ini diunguli oleh pasukan UiTM Shah Alam yang menjadi juara keseluruhan bagi kategori IPTt lelaki dan perempuan manakala juara bagi kategori sekolah lelaki dimenangi oleh SMK Madai, Sabah manakala kategori perempuan telah dimenangi oleh SMK Dato Usman Awang, Johor.
Walaupun tidak berjaya menjadi juara kesuluruhan, kami berbangga dan bersyukur kerana berjaya melibatkan diri dalam pertandingan ini yang banyak memberikan kami satu pengalaman baru yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila terutama sekali kepada peserta junior yang buat pertama kalinya menyertai pertandingan ini.
No comments:
Post a Comment