Friday, October 19, 2012

Hari Induksi Silat Cekak 2012


Pada 29 September 2012, Hari Induksi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Intec telah diadakan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang untuk senior dan junior saling berkenalan dan berkongsi pengalaman di samping mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

tadaa!! nilah entrance ke kawasan perkhemahan Sungai Chilling!


Rombongan kami terdiri daripada 29 orang senior dan 25 orang junior. Beberapa orang super senior (Lokman dan Akmal)dan jurulatih ( Abg Asri) turut turun padang bagi menjayakan hari yang meriah ini. Rombongan kami bertolak dari kolej kediaman seawal pukul 7 pagi dan tiba di Sungai Chiling dalam pukul 9 pagi. Setibanya kami di sana, sedikit taklimat telah diberikan di base camp supaya semua peserta jelas tentang aktiviti yang akan dijalankan. Junior juga telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan dipantau oleh 2 orang fasilititor yang terdiri daripada senior. Selepas itu, mereka diberikan masa untuk sesi ‘ice breaking’ antara ahli kumpulan.


Akmal sedang khusyuk briefing peserta-peserta.

Sebelum start jungle trekking, kita renggangkan badan dulu ye, baru x cramp.

Selepas itu, aktiviti dimulakan dengan ‘jungle trekking’ untuk ke air terjun Sungai Chiling. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam tidak begitu terasa kerana mata kami disajikan dengan keindahan flora dan fauna di dalam hutan.

Subhnallah!

Nilah kami ahli silat yang memang x sabar2.

Anak itik pulang petang..er, baru nak pergi destinasi sebenarnya.

Kami tiba di air terjun tersebut sekitar pukul 11.30 pagi. Semua peserta mengambil peluang untuk bermandi-manda dalam air yang sangat sejuk dan menyegarkan sambil menghayati pemandangan air terjun yang begitu cantik. Kami meluangkan masa selama lebih kurang sejam di situ sebelum pulang ke base camp.


Nilah Air Terjun Sungai Chilling!

Kami dah takluk batu ni...

Sesampainya di base camp, kami menjamah hidangan makanan tengah hari dan solat zohor berjemaah. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan ‘explorace’ antara kumpulan. Pelbagai tugasan yang mencabar diberikan di setiap check point dan kumpulan yang didapati gagal melaksanakn tugasan tersebut terpaksa berhadapan dengan denda-denda yang menggeletek jiwa. :)
Malam ni kita ada bbq!! (senior memanggang ayam sementara program explorace sedang dijalankan)

Amir : so, kat checkpoint ni, korang kena buat macam ni......

Penat main, tapi still nak tangkap gambar.

Apa yang ada dalam tepung ni? jom tiup, kita nak kena ambik tahu.

golek-golek


Semua kumpulan berjaya menghabiskan pelbagai tugasan dan denda yang dikenakan. Aktiviti explorace tersebut tamat pada pukul 5 petang dan penyampaian saguhati diberikan kepada setiap kumpulan.


Selepas itu, kami diberikan masa untuk membersihkan diri dan makan malam. Tepat jam 8 malam, kami membersihkan kawasan dan bersiap untuk meninggalkan tempat yang berjaya mengukir memori indah dalam kehidupan kami.
Dinner!

Yummy~kami memang berselera malam ni.


Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan mencapai objektif dan matlamat. Hari induksi seperti ini diharap akan diteruskan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua senior dan junior yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi^^.


1 comment:

  1. yeah.. :) i really enjoy this moment...It was a very fun day...hope that we can do it again next year :)

    ReplyDelete