Thursday, March 31, 2011

SEBELUM ITU...

DUP..DAP..DUP..DAP..
Sebelum tiba hari kejadian, inilah aktiviti kami..







Bagi memastikan team wajadiri  INTEC 2011 ini dapat meneruskan kecemerlangan senior-senior kami terdahulu, maka latihan intensif telah dijalankan sebulan sebelum kejohanan berlansung..
..Latihan di PADANG MBSA..
~sebulan sebelum Wajadiri~


Selain mengadakan latihan pada waktu kelas iaitu pada SETIAP MALAM ISNIN DAN JUMAAT, team wajadiri 2011 juga turut berlatih pada SETIAP MALAM RABU di DATARAN 2 SHAH ALAM..


*gambar tak ada kaitan*
Pada CUTI PERTENGAHAN SEMESTER yang lepas, kami juga telah pulang 5 hari lebih awal daripada rakan-rakan yang lain (ada juga yang tak balik) bagi menghadiri sesi latihan yang boleh dikatakan extra intensif! Latihan diadakan di PADANG BERSEBELAHAN KOLEJ CEMARA pada waktu pagi dan di DATARAN 2 SHAH ALAM pada sebelah malamnya..
Namun, selepas berakhirnya cuti pertengahan semester, kami telah mendapat semula DEWAN SERBAGUNA CEMARA (yeay!!) untuk menjalankan sesi latihan bagi persiapan terakhir sebelum kejohanan wajadiri seminggu saja lagi.. LATIHAN DIBUAT PADA TIAP-TIAP MALAM BERMULA PADA PUKUL 8-11MLM..
kategori sepasang kaki wanita (bukan kaki pompuan ye!) :  



Aisyah dan Nurul yang smart..


Kategori papan sekeping wanita :hero- Ainaa mantop bersama crook-crook nya.


Kategori sepasang tongkat lelaki: Aqi dan Lokman penuh bersemangat!


*wajah-wajah ceria kanak-kanak silat setelah mendapat jaket yang smart lagi cool*



So,ALL THE BEST!! Buat team wajadiri INTEC 2011 setelah bertungkus-lumus berlatih selama sebulan dan mengorbankan masa bersama keluarga di kampung semata-mata untuk memastikan team pada tahun ini mendapat juara keseluruhan dalam kejohanan wajadiri 2011.
Tidak lupa juga UCAPAN  PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH BUAT JURULATIH-JURULATIH SERTA SENIOR-SENIOR yang turun padang mencurahkan segala apa yang ada  dan banyak berkorban kepada kami semua.. Insyaallah, kami akan memanfaatkan ilmu-ilmu kalian sebaik mungkin dan doakanlah kejayaan kami dalam kejohanan wajadiri kali ini!
Apa yang paling penting…
Ingatlah sahabat-sahabat sekalian!!

So, apa-apa keputusan yang diperoleh nanti semuanya di atas kehendak Allah..jika Allah tentukan kita akan menang, janganrisau..Insyaallah, kita pasti akan menang juga walau dengan apa cara sekali pun..namun, jika Allah tak izinkan kita menang, janganlah kita terlalu bersedih dan menyalahkan antara satu sama lain..boleh jadi kemenangan itu membawa keburukan kepada kita semua..siapa tahu?? sesungguhnya pasti ada hikmah di atas segala yang bakal terjadi asalkan kita tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan.. ok sahabat-sahabat??
Sebab Allah ada berfirman:



                                                                                                                                         


Akhir kata…
GOOD LUCK TEAM WAJADIRI INTEC 2011!!!
SEMOGA SEGALA USAHA KITA SELAMA INI TIDAK SIA-SIA DAN MEMBUAHKAN HASIL, INSYAALLAH~
P.P.P…SEGERAK!!!

No comments:

Post a Comment