Thursday, April 14, 2011

LAPORAN KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL PSSCPUH 2011

WAJADIRI 2011 Lineup

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Intec telah menghantar satu pasukan untuk kejohanan waja diri peringkat nasional yang telah diadakan di universiti teknikal malaysia melaka pada 26 Mac 2011.

Pasukan waja diri intec terdiri daripada 33 orang ahli persatuan yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 19 orang wanita. Kebanyakkan daripada peserta merupakan pelajar junior yang baru tamat sesi pelajaran. Penyertaan daripada beberapa orang senior banyak membantu memperkukuhkan pasukan berbekalkan pengalaman menyertai karnival diri yang lepas.

Pasukan INTEC tidak bermalam di melaka sebaliknya bertolak ke sana pada hari tersebut seawal pukul 6.30 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam lebih. Selepas selesai pendaftaran kesemua peserta mengambil tempat dalam dewan besar UTEM untuk menunggu ketibaan Yang Mulia Sheikh Hj. Md Radzi b. Ustaz Hj. Hanafi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program Karnival Kejohanan Wajadiri 2011. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Yang Mulia Sheikh Hj. Md. Radzi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohan dan pemeriksaan kontijen.

Kejohan Wajadiri bermula pada pukul 10.30 pagi. Kejohanan pada tahun ini disertai oleh 53 pasukan bagi kategori Institut Pengajian Tinggi. Jumlah penyertaan yang ramai ditambah pula dengan peningkatan prestasi persembahan oleh setiap pasukan membuatkan pertandingan menjadi semakin sengit dan menyukarkan misi membawa pulang Piala Johan Keseluruhan yang telah diidam-idamkan oleh pasukan INTEC.

sabar, jangan gopoh

Namun berbekalkan kesungguhan serta latihan intensif yang telah diadakan pasukan INTEC turun ke gelanggang persilatan dengan penuh yakin. Sorakan gemuruh yang menggamit seluruh dewan menaikkan lagi semangat para peserta. Kesemua peserta INTEC dapat mempamerkan persembahan yang mantap untuk menarik perhatian para juri. Setelah selesai kesemua acara, para peserta diberi masa untuk berehat.

macam kenal

Majlis diteruskan semula pada 2.30 petang. Setelah selesai nyanyian lagu negeri Melaka serta persembahan khas Silat Cekak Ustaz Hanafi majlis diteruskan dengan Ucapan Pewaris Mutlak Silat Cekak Hanafi. Kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua menteri Melaka.

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, Majlis penyampaian hadiah terus dilangsungkan selepas ucapan perasmian penutup tersebut. Hasil kesungguhan yang telah dipamerkan oleh setiap peserta pasukan INTEC telah memenangi beberapa kategori dalam pertandingan. Kami telah memenangi kategori Umum Tangan Kosong dan Bersenjata lelaki, Menangkis Serangan Pisau dan piala yang telah lama didam-idamkan iaitu Juara Keseluruhan Lelaki. Selain itu pasukan INTEC juga berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori Menangkis Serangan Tongkat lelaki dan kategori Lima Serang Satu. Kami juga berjaya menduduki tempat ketiga bagi kategori Persembahan Atas Papan Sekeping Kreatif & Bersenjata.

Pasukan Waja Diri INTEC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang tidak jemu-jemu melatih para peserta sehingga memperoleh kejayaan sebegini. Tidak dilupakan juga kepada senior-senior yang banyak membantu memberi nasihat dan tujuk ajar kepada kami.


WAJADIRI 2011 in memories

20 serang 4

PSSCPUH Intec paling menyerlah!! Cayalah

Akatsuki Intec

Trofi & Medals + 100Plus

Flow Manager terbaek!!

latihan tangan ketiga by Aki: ci,ku,pah

No comments:

Post a Comment