Friday, October 12, 2012

Festival Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi 2012

Selepas penyertaan dalam Waja Diri di Negeri Sembilan, PSSCPUH INTEC tidak terus sunyi menyepi diri. Festival Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi 2012 (FACE) telah diadakan sepanjang 11 – 19 Julai 2012 bagi mewarnai aktiviti tahunan persatuan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:

· Pameran Cekak Hanafi
· Drama Bersiri
· Karnival Sukan Pendekar (Super)
· Konvensyen Cekak Hanafi 
· Program Derma Darah
· Malam Gala Inspirasi Cekak (Magic)


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak INTEC kerana membenarkan kami untuk mengadakan program ini, dan terima kasih turut diucapkan kepada para urusetia atas penat lelah mereka sepanjang sesi latihan serta usaha yang mantap semasa pertandingan berlangsung. Diharapkan agar program seperti ini akan terus berlangsung dengan lebih baik pada semester yang akan dating dan semoga pasukan INTEC mendapat kejayaan yang lebih gemilang pada tahun-tahun seterusnya.

No comments:

Post a Comment