Friday, October 12, 2012

Malam Gala Inspirasi Cekak (Magic) FACE 2012

Tarikh: 18 Julai 2012
Tempat: Dewan besar INTEC

MAGIC adalah aktiviti kemuncak bagi FACE. MAGIC dijalankan bertujuan untuk menutup Festival Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi secara berprestij dan rasmi oleh Timbalan Pengarah HEP, En. Mohd Hassan bin Awang Boon. Pelbagai persembahan disajikan kepada pelajar-pelajar INTEC bagi memeriahkan lagi aktiviti ini seperti sketsa dan demo silat.

Antara pencapaian program ini adalah majlis berjalan dengan sangat lancar lagi teratur tanpa sebarang gangguan teknikal dan masalah daripada pelajar yang hadir, tamat pada masa yang ditetapkan, 10.30 malam walaupun bermula agak lewat iaitu pada 9.00 malam, menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang berbeza seperti bacaan puisi, tayangan drama, sketsa dan demo silat dan berjaya menperoleh keahlian baru daripada pelajar INTEC yang berminat untuk mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.

No comments:

Post a Comment