Friday, October 12, 2012

Karnival Sukan Pendekar (Super) FACE 2012

Tarikh: 14 Julai 2012
Tempat: Gelanggang futsal dan gimnasium INTEC

Terdapat dua sukan yang telah dipertandingkan iaitu futsal lelaki serta badmiton regu lelaki dan perempuan. Pertandingan ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara para pelajar yang baru mendaftar dengan pelajar senior. Turut menjadi objektif program ini adalah untuk menarik minat para pelajar bagi menyertai persatuan seni silat cekak dan juga mempromosikan pemahaman bahawasanya silat juga merupakan satu aktiviti riadah selain bersukan.

Antara pencapaian carnival sukan ini adalah sambutan penyertaan futsal amat memberansangkan, penyertaan badminton sekadar mencapai sasaran yang dijangkakan kecuali untuk kategori perempuan, memberi peluang kepada pelajar INTEC untuk beriadah secara kompetitif sebelum memasuki bulan Ramadhan dan pogram berjalan dengan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini seperti bantahan dan pergaduhan berlaku.

No comments:

Post a Comment