Tarikh: 11-17 Julai 2012
Tempat: Lobi Perpustakaan dan Dewan Besar INTEC
Pameran tentang Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi dan pencapaian Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi INTEC. Di samping itu, sejarah mengenai asal usul dan pemimpin agung turut dipaparkan bagi memberi lebih keyakinan bahawa seni silat ini benar-benar asli dan mempunyai pendirian yang tegas dan teguh. Objektif utama pameran ini adalah untuk membuka penyertaan kepada ahli-ahli baru yang berminat, khususnya daripada kalangan pelajar INTEC.
Antara pencapaian pameran ini adalah satu demonstrasi silat telah dipersembahkan kepada pengunjung, berpeluang menonton koleksi video Pertandingan Waja Diri, penyusunan kerja yang sistematik dan perancangan yang rapi serta susun atur tapak amat teratur.
No comments:
Post a Comment